Reaktor Pembiak Uji Kaji I
Reaktor Pembiak Uji Kaji I

Reaktor Pembiak Uji Kaji I

Reaktor Pembiak Uji Kaji I (Inggeris: Experimental Breeder Reactor I (EBR-I) ialah sebuah reaktor penyelidikan yang tidak digunakan lagi dan juga sebuah tanda mercu Nasional AS yang terletak di tanah gurun lebih kurang 40 km di tenggara Arco, Idaho. Pada jam 1:50 pm 20 Disember 1951, reaktor ini menjadi loji kuasa nuklear pertama di dunia yang menjana elektrik apabila ia menjana kuasa elektrik yang mencukupi untuk menyalakan empat mentol berkuasa 200 watt.[1][2] Susulan itu, reaktor ini dapat menjana kuasa elektrik yang mencukupi untuk membekalkan kuasa bagi bangunannya sendiri, dan terus digunakan untuk uji kaji sehinggalah tamat tempoh penggunaannya dalam tahun 1964.